1.3.11

Had Manafaat-manafaat Utama

1.Tempoh Tangguh

Tempoh tangguh selama 30 hari akan terpakai berkaitan penyakit-penyakit kritikal
kecuali penyakit-penyakit berikut dimana tempoh tangguh selama 60 hari terpakai:-
  • Kanser
  • Penyakit koronari arteri yang memerlukan pembedahan
  • Serangan penyakit jantung
  • Lain-lain penyakit koronori arteri
2. Pengecualian-pengecualian

Manafaat ini tidak akan dibayar sekiranyaHayat Diinsurankan disahkan mengidap
penyakit kritikal yang disebabkan secara lansung atau tidak langsung oleh kewujudan
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau sebarang jangkitan Virus Daya Tahan
Penyakit (HIV). kecuali apabila AIDS adalah di tahap terakhir ("Full Blow") atau
disebabkan oleh pemindahan darah.

3. Tempoh Hidup (CCI sahaja)

Manafaat pendapatan tahunan pertama hanya dibayar sekiranya Hayat Diinsuranskan
masih hidup sekurang-kurangnya 30 hari selepas tarikh pengesahan penyakit kritikal.


Pengecualian-Pengecualian

Manafaat ini tidak akan dibayar sekiranya Hayat yang Diinsuranskan dimasukkan ke hospital
akibat:-
  • Pemeriksaan dan Perundingan perubatan yang rutin.
  • Pembedahan kosmertik atau plastik, penjagaan dan rawatan pergigian,pendermaan organ dan tisu, pertukaran jantina dan pembedahan tinjauan atau eksperimen atau sebarang prosedur pilihan selain daripada prosedur perubatan yang diperlukan akibat kecederaaan dari kemalangan, pembedahan atau penyakit.
  • Rawatan atau prosedur berkait dengan mengandung atau kelahiran anak.
  • Rawatan Penyakit Mental atau gangguan jiwa,kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman, percubaan membunuh diri, penyalahgunaan minuman keras dan penagihan dan penyalagunaan dadah.
  • Sebarang rawatan atau ujian berkaitan dengan AIDS atau kewujudan jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV) dan penyakit kelamin.